Kadang-kadang guru-guru terutama guru baru dan adakalanya guru ‘lama’ juga tertanya-tanya persoalan diatas….Sebenarnya jawapan kepada persoalan diatas ada pada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan surat siaran berkaitan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) DAN SURAT SIARAN PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM DI HARI PERSEKOLAHAN
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8 / 2007 – Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.
2. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 19 Tahun 2013 – Pemakaian Uniform Kadet Remaja Sekolah Bagi Pengarah Bahagian, Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai-pegawai Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Serta Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru Yang Berkenaan.
Di sini dilampirkan pautan muat turun surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/2007 untuk kemudahan setiusaha Kokurikulum atau guru-guru badan beruniform menyimpannya dalam fail kokurikulum badan beruniform masing-masing.