Home Ilmu Penerbangan RC BERMINAT AKTIVITI KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH? TIPS INI MUNGKIN BERGUNA

BERMINAT AKTIVITI KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH? TIPS INI MUNGKIN BERGUNA

by Sifu Syawal

 >> Mencuba Permainan Simulator <<

Simulator penerbangan RC adalah program komputer yang membolehkan juruterbang pesawat kawalan radio untuk berlatih di komputer, tanpa risiko dan perbelanjaan besar tanpa merosakkan model sebenar.

Permainan simulator membolehkan pemula belajar tentang cara menetapkan Pemancar (Transmitter), Cara mengawal pedal kelajuan enjin (Throttle) , mengawal pergerakan naik dan turun menggunakan lif sayap (Elevator), Membelok ke kanan dan ke kiri menggunakan ‘Aileron’ sayap dan Rudder ekor pesawat, melepaskan pesawat ke udara (Take off), mendaratkan pesawat (Landing), menilai model sebelum membelinya, dan mencuba aksi akrobatik. Kebanyakan simulator membenarkan penggunaan Pemancar Remote Control sebenar untuk mengawal kapal terbang dalam permainan ini atau anda boleh membeli Pemancar Romote Control Khas untuk permainan simulator RC.

Terdapat beberapa pakej komersil yang boleh didapati seperti Eiperle CGM ‘neXt – RC Flight Simulator, RealFlight’ ClearView, Knife Edge ‘, AccuRC IPACS’ AeroFly dan Trasna Technology ‘. Terdapat juga beberapa pakej perisian percuma seperti yang disenaraikan dalam link ini https://en.wikipedia.org/wiki/RC_flight_simulator

Kebanyakan simulator membenarkan pengimportan tambahan model baru dan landskap. Terdapat banyak laman web yang menawarkan kandungan percuma seperti ini.

Admin memulakan permainan simulator ini dengan membeli Pemancar Remote Control Khas untuk permainan RC ini di laman gedung online Shopee https://shopee.com.my/RC-Helicopter-Airplane-Flight-Simulator-FMS-6CH-USB-3D-i.120927679.2761792581 . Ia disertakan bersama dengan Perisian RC iaitu Pheonix RC. Versi pheonix RC terkini boleh di muat turun di https://www.rc-thoughts.com/phoenix-sim/. Bagi yang telah memiliki remote, bolehlah beli Dongle tambahan untuk bermain permainan RC (pastikan ianya sesuai dan sepadan dengan remote anda sebelum membelinya).

 

Remote Simulator yang disertakan dengan perisian simulator
Dongel simulator
Perisian Simulator Offline dan Online (Steam)
Perisian Pheonic RC V.5.0.b
Perisian Aerofly yang dipasang dalam komputer

Bagi yang belum membeli Alat Pemancar (Transmitter,TX ) atau biasa dipanggil ‘Remote’, anda bolehlah mencuba permainan simulasi ini menggunakan telefon pintar dengan memuat turun aplikasi RC kapal terbang di Google Play store atau Apple Store. Antara aplikasi yang terbaik ialah Real RC Flight Sim 2016 yang ditawarkan secara percuma  Permainan RC di Google Playstore.

Lakukan latihan simulator ini berulang kali. Mulakan dengan model untuk Pemula seperti

  • Kapal Terbang Sayap Tinggi (High-Wing)
  • Glider

Untuk pesawat pemula ini, anda bolehlah bermula dengan Penetapan Pemancar @ ‘Remote Control’ 3 atau 4 Saluran (Channel) bagi mengawal pergerakan kapal ini

 

Bilangan saluran bermaksud bilangan fungsi yang boleh dikawal oleh pesawat. Pesawat 3 saluran biasanya akan mengawal kuasa motor, lif dan kemudi, walaupun pilihannya mempunyai kawalan aileron dan bukan kemudi.

Untuk tips seterusnya..nantikan posting seterusnya daripada admin pada masa akan datang..

Sebarang komen, pertanyaan dan cadangan bolehlah kemukakan di bawah ye.. Terima Kasih

Berminat dengan aktiviti kepengakapan berkaitan ilmu udara ? Jom Sertai Kami bersama Pengakap Udara Malaysia

Lencan Ahli RC Pengakap Udara
Lencana Ahli Simulator
Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan

Kami juga bersedia menerima jemputan untuk persembahan dan pameran berkaitan ilmu udara.. boleh hubungi admin untuk keterangan lanjut di ruangan komen di bawah

Jom bantu subscribe channel tentang ilmu RC di Youtube admin bersama

Jerantut RC, Pengakap Udara Pahang

https://www.youtube.com/watch?v=28qUTYViIgw&list=PLTCFDfbZRSOJ1NI-xjYm4qlx0j4VkaCq

You may also like

Leave a Comment