Home Ilmu Penerbangan RC Pengenalan Prinsip Asas Sebuah Kapal Terbang Kawalan Jauh

Pengenalan Prinsip Asas Sebuah Kapal Terbang Kawalan Jauh

by Sifu Syawal

Pengenalan Asas Sebuah Pesawat Kawalan Jauh

Pesawat Kawalan Jauh atau lebih dikenali sebagai Pesawat RC dikalangan peminat hobi ini juga dikenal dengan istilah Pesawat Aeromodelling yang dikendalikan menggunakan Alat Kawalan Jauh (Remote Control) oleh Juruterbang/Pilot RC di darat.

Pilot RC akan menghantar isyarat melalui Pemancar (Transmitter,Tx) atau lebih dikenali sebagai ‘remote’ .Pemancar mengubah pergerakan batang kawalan remote menjadi isyarat radio dalam proses yang disebut modulasi. Pemancar kemudian menghantar isyarat ini ke Alat Penerima (Receiver,Rx) pada badan kapal dan seterusnya dihantar kepada Alat Elektronik ESC (Electronic Speed Controller) bagi mengawal kelajuan motor yang menggerakkan kipas (Propeller) dan juga menghantar kepada komponen Servo bagi mengawal pergerakan Permukaan Kawalan (Control Surface) pada kapal terbang mengikut keinginan juruterbang RC.

Setiap servo mempunyai tanduk (horn)/lengan yang dilekatkan pada lubangnya. Lengan ini dilekatkan pada batang ‘shaft’ servo, dan akan disambungkan dengan rod tolak (Push Rod). Putaran lengan ini diterjemahkan menjadi pergerakan linear di permukaan kawalan (surface control) untuk menggerakkan aileron, elevator dan rudder.

Cara Kerja Radio RC

Sebuah Pesawat Konvensional menggunakan Kipas (Propeller) yang digerakkan oleh motor untuk mendorong sebuah pesawat untuk maju ke depan dan juga menggunakan permukaan kawalan (Control Surface) seperti Aileron, Elevator, Ruddder dan Flap untuk bermanuver (contoh bergerak ke atas, kebawah, kekiri dan kekanan)

Bahagian Pesawat
Aileron_roll

You may also like

Leave a Comment