Assalamualaikum wbkth dan Salam Pengakap. Admin menjangkakan ramai sudah rakan guru telah mendapat surat untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap bagi tahun 2020. Selain memaklumkan perihal kaedah pendaftaran, ia juga disertakan bayaran bagi setiap kategori. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).

Berapakah kadar Yuran yang perlu dibayar ?
Bagi sekolah atau Kumpulan yang TELAH MENDAFTAR dengan PPM dan telah pun atau dalam proses menerima nombor kumpulan. Berikut adalah senarai kadar yuran PEMBAHARUAN KEAHLIAN yang perlu dibayar dan borang berkaitan yang perlu diisi dan disertakan bersama.
- Kadar Yuran Keahlian
- Ahli Pengakap Lebah, Kanak-kanak, Muda dan Remaja (RM7.00)
- Ahli Pengakap Kelana (RM10.00)
- Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa (RM10.00)
- Ahli Majlis Daerah / AJK Kumpulan (RM10.00)
- Borang-borang yang perlu diisi ialah seperti dibawah
Untuk Negeri Pahang bolehlah muat turun file tersebut disini Borang PPM-1E-Borang-kawalanDownload
Bagi sekolah yang BELUM MENDAFTAR kumpulan pengakap dengan Persekutuan Pengakap Malaysia, berikut adalah senarai BORANG TAMBAHAN yang perlu dikemukakan bersama BAYARAN DAFTAR KUMPULAN BARU RM10.00
BORANG PENDAFTARAN KUMPULAN BARU ppm-8_a_Download
PERMOHONAN TAULIAH SEBAGAI PEMIMPINDownload
Bagi Kategori Pesuruhjaya (DC) dan Penolong Pesuruhjaya (ADC) , berikut adalah borang yang boleh dimuat turun
Borang Kelompok Tauliah ADC (Tindakan Daerah)
Borang Kelompok Tauliah Pemimpin (Tindakan Daerah)
Sekian sahaja yang sempat admin kongsikan kepada rakan pengakap. Semoga bermanfaat. Jika terdapat sebarang kesilapan bolehlah tinggalkan komen kepada admin disini.
Terima Kasih tidak terhingga kepada yang meninggalkan komen di laman admin.