Home Pengakap PANDUAN PENDAFTARAN PENGAKAP

PANDUAN PENDAFTARAN PENGAKAP

by Sifu Syawal
Pendaftaran Kumpulan dan Keahlian Pengakap

Assalamualaikum wbkth dan Salam Pengakap. Admin menjangkakan ramai sudah rakan guru telah mendapat surat untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap bagi tahun 2020. Selain memaklumkan perihal kaedah pendaftaran, ia juga disertakan bayaran bagi setiap kategori. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).

Contoh Surat makluman memperbaharui pendaftaran tahunan keahlian dan kumpulan pengakap

Berapakah kadar Yuran yang perlu dibayar ?

Bagi sekolah atau Kumpulan yang TELAH MENDAFTAR dengan PPM dan telah pun atau dalam proses menerima nombor kumpulan. Berikut adalah senarai kadar yuran PEMBAHARUAN KEAHLIAN yang perlu dibayar dan borang berkaitan yang perlu diisi dan disertakan bersama.

  1. Kadar Yuran Keahlian
    • Ahli Pengakap Lebah, Kanak-kanak, Muda dan Remaja (RM7.00)
    • Ahli Pengakap Kelana (RM10.00)
    • Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa (RM10.00)
    • Ahli Majlis Daerah / AJK Kumpulan (RM10.00)
  1. Borang-borang yang perlu diisi ialah seperti dibawah

Bagi sekolah yang BELUM MENDAFTAR kumpulan pengakap dengan Persekutuan Pengakap Malaysia, berikut adalah senarai BORANG TAMBAHAN yang perlu dikemukakan bersama BAYARAN DAFTAR KUMPULAN BARU RM10.00

Bagi Kategori Pesuruhjaya (DC) dan Penolong Pesuruhjaya (ADC) , berikut adalah borang yang boleh dimuat turun

Borang Kelompok Tauliah ADC (Tindakan Daerah)

Borang Kelompok Tauliah Pemimpin (Tindakan Daerah)

Sekian sahaja yang sempat admin kongsikan kepada rakan pengakap. Semoga bermanfaat. Jika terdapat sebarang kesilapan bolehlah tinggalkan komen kepada admin disini.

Terima Kasih tidak terhingga kepada yang meninggalkan komen di laman admin.

You may also like

6 comments

Ahli Pengakap January 27, 2020 - 3:43 am

Terima Kasih. Perkongsian yang baik. Salam Pengakap

Reply
admin January 27, 2020 - 4:09 am

Terima Kasih Tuan

Reply
Cikgu Fendy Hamid January 27, 2020 - 3:53 am

Terima kasih atas perkongsian yg sangat bermanfaat ini

Reply
admin January 27, 2020 - 4:36 am

Sama-sama. Terima Kasih Cikgu Fendy

Reply
ADC Pengakap kanak-kanak Daerah Jempol January 27, 2020 - 4:31 pm

Kerim dalam dgn cikgu Ramli. Kalau tak pencen lagi lah. Cikgu saya di SMK Pulau Tawar tahun 89/90. Saya anak peneroka Felda Sungai Retang jugak. Cikgu Ramli ni pun pernah mengajar di SMK Kuala Tembeling.

Reply
admin January 29, 2020 - 4:38 am

Cikgu Romely ke Maksud tuan. Dia pengetua sekolah ni sekarang. Oh anak peneroka sini juga ke. Bila ada balik kampung bolehlah singgah sini buat sharing dengan anak-anak pengakap Sg Retang..he2

Reply

Leave a Reply to admin Cancel Reply