Alhamdulillah.. Harini Panitia Biologi SMK Jeli telah berjaya mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2 Biologi yang merupakan salah satu kertas peperiksaan yang menyumbang markah terbesar bagi Kertas Biologi SPM.
Bengkel kali ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu cikgu Pn Siti Syakirah binti Muhammad daripada SMK Wakaf Bharu, Kelantan. Penceramah jemputan kali ini merupakan rakan seperjuangan admin semasa di MRSM Kuala Berang dan USM Pulau Pinang.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada para calon SPM mengenai strategi yang betul dan tepat untuk menduduki kertas peperiksaan Biologi dari segi pengurusan masa menjawab soalan, cara memperolehi markah penuh dan mengurangkan kesilapan semasa menjawab.
Calon-calon didedahkan pada permulaanya mengenai format kertas 2 Biologi 4551/2 yang mengandungi 3 bahagian iaitu
Selain daripada itu calon juga didedahkan dengan komponen yang terdapat dalam soalan serta rangsangan /stimulus yang terdapat dalam soalan.
Calon-calon juga didedahkan dengan jenis/bentuk soalan yang terdapat dalam kertas Biologi seperti dibawah
Jenis soalan struktur dan esei
- Soalan ciri dan penerangan
- Soalan berbentuk negatif
- Soalan berbentuk kesan
- Soalan berbentuk proses
- Soalan berbentuk perbezaan
Sesi kedua dimulakan dengan pembentangan jawapan para peserta bengkel yang telah diberikan soalan mengikut kumpulan pada akhir sesi pertama tadi.
Setiap jawapan peserta disemak oleh penceramah dan diperbetulkan setiap kesalahan yang terdapat dalam setiap jawapan dengan menekankan aspek cara penulisan isi utama, jenis kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan serta tips untuk mengatasi dan mengelakkan kesalahan tersebut daripada berulang.
Penceramah juga berkongsi contoh penandaan pemarkahan dan cara mendapatkan markah semaksimum mungkin dan mengelakkan markah dipotong bagi setiap jawapan yang ditulis.
Bengkel pada hari ini berakhir dengan penyampaian cenderahati dan sijil oleh Ketua Panitia Biologi iaitu Cikgu Mohd Norul Syawal bin Ibrahim kepada Penceramah yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau bersama calon-calon SPM pada tahun ini.
Sebagai tanda kenangan, majlis penutup diakhiri dengan sesi penggambaran semua peserta bersama penceramah pada kali ini. Panitia Biologi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua peserta bengkel pada hari ini yang sangat baik. Semoga ilmu yang dikongsikan akan dapat dimanfaatkan ketika peperiksaan percubaan SPM kertas Biologi pada minggu hadapan.
Admin